CMD Revell (Concentrated Mineral Drops)

Sejak akhir-akhir ini CMD Revell ini famous di mulut ramai orang. Mereka membaca post-post dan perkongsian rakan mahupun sahabat handai mengenai CMD Revell. Ramai yang macam blur sikit mengenai CMD Revell ini. Apa itu CMD Revell? Bagus sangat ke produk CMD Revell ini hinggakan ramai kawan-kawan aku yang kecoh bercakap mengenainya? Paksu sendiri pun mengenai CMD Revell ini baru lagi iaitu pada 30 Disember 2014. Sebelum ini, Paksu sendiri tidak pernah mendengarnya dan mengetahui tentang kewujudan CMD Revell ini.

maklumat mengenai apa itu cmd revell atau concentrated mineral drops

 

Walaupun, mengikut Puan Eyda (Pakar Produk CMD Revell) ini menyatakan bahawa produk mineral beralkali ini telah digunakan meluas di Amerika Syarikat sejak 50 tahun yang lalu lagi. Di Malaysia pula, CMD Revell ini telah dipasarkan sejak 20 tahun yang lalu. Hahh!! lamanya.. kenapa aku baru tahu kewujudannya.. tak pe.. tak pe.. Cuma diawal pemasarannya di Malaysia, ianya dilabelkan sebagai produk TM-1

OK! Apakah Concentrated Mineral Drops Atau CMD Revell ini?

Concentrated Mineral Drops berasal dari Tasik Great Salt, Bahagian Barat Amerika Utara di USA. Ia merupakan laut pedalaman yang tertua di dunia. Ia adalah sisa Zaman Ais besar yang terakhir. Tasik Great Salt teleh mengumpulkan mineral dan trace mineral daripada pergunungan berbatu-batan di sekitarnya selama berpuluh-puluh ribu tahun.

Tasik Great Salt merupakan badan air laut yang terbesar dan terpekat di dunia. Setiap musim sejuk, purata 500 inci salji jatuh ke pergunungan yang mengelilingi Tasik Great Salt Lake. Pada musim luruh, air salji mencair sekaligus melarutkan mineral dari tanah dan batu batan dan dibawa ke tasik yang tiada pengaliran keluar. Matahari pada musim panas di Utah membuat air tasik mengewap dan meninggalkan mineral di dalamnya.

Hanya terdapat plankton kecil (brine shrimp) yang dapat bertahan dalam tasik yang mengandungi kadar garam begitu ekstrem. Plankton-plankton ini memakan bakteria yang terdapat dalam tasik lantas membersihkan air tasik. Hasilnya adalah perairan yang kaya dengan nutrien yang mengandungi lebih dari 70 mineral dan trace mineral ionik.

Oleh kerana tasik ini mempunyai kepekatan tinggi secara semula jadi, UMN (Ultimate Mineral Nutrition) di Utah, syarikat pengeluar titisan mineral ini di Amerika Syarikat; tidak perlu menggunakan proses kimia apapun untuk memperolehi atau menghasilkan mineral. UMN hanya meneruskan proses yang telah dimulakan dengan kejadian alam. Dengan memanfaatkan spesifikasi dinamik pada setiap 4 musim, UMN seterusnya memekatkan titisan air tasik tersebut dan membuangkan 99% sodium darinya. Hasilnya adalah keseimbangan mineral yang sempurna.

Untuk menghasilkan sebotol CMD, ia memerlukan purata selama 2 tahun proses penyejatan 4 musim di kolam sejatan buatan manusia yang terletak di bahagian utara tasik, untuk trace mineral sampai ke tahap imbangan yang betul.

Dalam proses ini UMN secara rutin menjalankan ujian untuk memastikan ia mencapai kepekatan dan keseimbangan yang optima. Hanya apabila faktor-faktor ini dalam paduan yang sempurna dan mematuhi kepiawaian UMN, barulah mineral ini diambil untuk dibotolkan. Dengan penjelasan ini menunjukkan bahawa titisan mineral ini merupakan produk semulajadi dan bukan bahan kimia.

Untuk INFO lanjut mengenai CMD Revell (Concentrated Mineral Drops) ini ANDA boleh klik link ini

CMD Revell sangat diperlukan oleh tubuh kita. Fungsi mineral yang terkandung didalamnya sangat tinggi dan amat berkhasiat untuk kesihatan tubuh kita !!